Thursday, June 7, 2018

Remuk

Kita bertemu
Lalu berpimpinan menyeberangi sungai
Menuju ke daratan bahagia
Pelbagai rintangan sama dihadapi
Tetapi terpisah di pertengahan
Dibawa arus deras
Remuk hati ini
Hanya Dia yang tahu

Sakit

Memang sakit jika kita menemui seseorang yg kita sangka akan menjadi teman hidup. Tetapi sebenarnya kita hanyalah peneman hidupnya dikala sunyi

Terlupa

Apabila kita terluka
Kita terlupa
Kesakitan itu sebenarnya
Satu kurniaan Ilahi
Agar kita lebih mendekatiNya.
Juga
Kita terlupa
Penawarnya ada padaNya.
Tabahlah wahai hati
Di dalam keruntunan jiwa
Menanti saat bahagia
Yang mungkin berkunjung tiba
Juga mungkin tidak

Siapa

Siapalah hati ini
Hendak memiliki sekeping hati
Sedangkan hati ini
Adalah milik DIA

Milik

Aku tidak miliki wang yang banyak
Aku juga tidak miliki harta
Tetapi aku bersyukur kerana memiliki
Kesedaran diri
Dimana aku berdiri